Saturday, 22 April 2017

Kebersihan

Assalamualaikum wbt.

Keheningan malam campur pagi menerpa, semua dah tidur, jadi kita keseorangan ni saje nak reflect diri di blog ini.

Sekarang ni dah 2 bulan masuk semester 4. Tinggal setahun je lagi nak habis belajar untuk degree, insyaAllah grad on time. Sem ni kitorang duduk kolej tok gajah, kolej baru. Dia macam rumah, dalam ada 4 bilik, 1 bilik 2 orang, toilet pun dalam rumah, pantry sekali.

Jadi disini ingin memberitahu maka semuanya haruslah dibersihkan sendiri rumahnya. Tak ada lagi dah cleaner nak cucikan toilet apa semua. Bila dah duduk macam ni, baru lah kita tahu perangai masing2 macam mana, ada yang pembersih, ada yang endah tak endah je tentang kebersihan.

Kita masing2 dah besar, haruslah ada inisiatif sendiri, kita sendiri rasa yang bilik tu dah lama tak sapu, ruang tamu, toilet kotor, pantry dah penuh... ini semua common sense lah. Kalau semua buat tak kesah, memang jadi tongkang pecah agaknya rumah ni.

Lagi2 bila kita ni perempuan, rambut gugur je memanjang. Kalau basuh tu, berkumpul rambut. Tapi tak kutip. Weh? Kita duduk 8 orang kut.

Kalau ada seorang je yang asyik concern pasal kebersihan ni, penat. Korang yang tak kesah tu memang tak rasa apa. Rasa macam nak sound sorang2. Kang tak suka pulak, macam ketua dan akan ada yang mengata kat belakang malah tak dihirau akan arahannya. Ok, skema gila ayat ni. Masalahnya kalau tak ada orang macam tu, kau hidup lah dalam rumah macam sarang tikus.

Senang cerita, aku lah orang yang penat tu.................................. semua kita je yang nak buat. Bila nampak kita je yang buat, konon concern "nanti kalau nak buat apa2, suruh lah kitorang pulak" Ingat senang eh nak suruh, aku pun ada jugak rasa bersalah asyik nak suruh, sebab benda tu simple sangat tak sampai 5 minit pun nak buat. Bila kita je buat, orang lain pijak kepala... "oh tak pe, dia ada, nanti dia buat lah"

Basuh toilet, kemas pantry, sapu lantai, susun kasut... semua boleh siap dalam 1 jam je. Rasa nak marah je rasa. Kau tak payah nak rasa cantik kat jantan je tapi realiti pengotor. Semua benda nak kena suruh. Kat rumah agaknya macam tu ke, teringin nak melawat rumah sorang2. Sebab perkara macam ni tak akan bawa ke luar kalau dekat rumah tak buat macam tu. Tak kesah lah kau dari kelantan ke terengganu selangor perak johor pahang........

& rasa macam diorang tak reti basuh toilet sebersih-bersihnya. btw, pantry dah ada dalam rumah tau, bukan dekat luar macam mat kilau. Itu pun tangguh basuh sampai berhari. Kalau tak nak basuh lagi, kau letak atas meja sendiri baru tahu sakitnya mata tengok benda kotor.  kalau kawasan sendiri tak boleh jaga, jangan bawak sampai luar.

bye. sakit hati. penat.


No comments:

Blog aku tak popular hehe

Google+ Followers